Selepas PM, Agong pula titah rakyat patuh perintah kawalan pergerakan
MALAYSIAKINI
Dua hari selepas perutusan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin,
malam ini Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pula
bertitah agar rakyat mematuhi perintah kawalan pergerakan.
Titah baginda itu disiarkan di RTM dan TV3 sebentar tadi.
"Saya
ingin mengajak agar rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Saya
juga minta batalkan hasrat untuk balik kampung. Jangan berkumpul atau
menghadiri sebarang aktiviti sosial di luar rumah.
"Saya juga menasihatkan rakyat agar tidak panik kerana bekalan barang keperluan dijamin cukup oleh kerajaan.
"Rakyat juga jangan suka sebarkan berita palsu," titah baginda.
Perintah
yang berkuatkuasa sehingga 31 Mac itu untuk membendung jangkitan baru
Covid-19. Ia berlangsung selama dua minggu, iaitu tempoh pengeraman
virus tersebut.
Dalam pada itu, baginda menggesa rakyat Malaysia untuk menangguhkan majlis perkahwinan.
"Kepada ibu bapa pengantin, saya nasihatkan tangguh dulu majlis kenduri sehingga keadaan pulih," titahnya.
Baginda
turut bertitah agar rakyat sentiasa menjaga kebersihan diri serta
melaksanakan amalan yang mampu mencegah jangkitan wabak itu.
"...Dan
yang paling penting jaga kebersihan diri, kerap basuh tangan, guna
cecair pembasmi kuman serta topeng muka dan mulut, selain mengamalkan
penjarakkan sosial," titahnya selain menyeru orang ramai memainkan
peranan dalam membantu membendung penularan wabak itu.
Terdahulu
hari ini, Sultan Abdullah membuat rondaan sekitar Kuala Lumpur dan
Selangor bagi memantau pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.
Terdahulu
hari ini, baginda membuat rondaan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor
bagi memantau pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.
Menurut
Istana Negara, baginda antara lain memandu ke Jalan Tuanku Abdul Rahman
dan kawasan sekitar KLCC, serta berhenti untuk bertemu pegawai polis
yang memantau lalu lintas di Jalan Semantan, Sri Hartamas, Jalan Loke
Yew dan Jalan Ampang.
Baginda juga menjelaskan masih terdapat banyak kereta di jalan raya dan berharap ia akan berkurang secepat mungkin.
Hari ini merupakan hari ketiga perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan.
Setakat ini Malaysia mencatatkan 1,030 kes Covid-19, dengan tiga kematian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan