Isnin, 2 Mac 2020

Saya masih tunggu balasan – Speaker Dewan Rakyat

Mohammad Arif Nizam
MGF02032020_PARLIMEN-MALAYSIA_08
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Arif Md Yusof (dua kanan) hadir pada Majlis Pelancaran Buku 'Malaysian Parlimentary Procedure' di Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI
 

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat masih menunggu sebarang perkembangan terkini mengenai Persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 9 Mac ini.

Bagaimanapun Yang Dipertuanya, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof enggan mengulas lanjut dan tidak mengendahkan asakan soalan daripada pihak media.

“Saya masih menunggu balasan,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran buku Malaysia Parliamentary Procedure di Parlimen di sini.

Beliau ditanya mengenai perkembangan terkini sama ada Persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 9 Mac ini atau ditangguhkan.

Semalam Mohd Ariff memberitahu sesi yang dijadual berlangsung pada Isnin depan mungkin ditangguhkan pada satu tarikh baharu.

Beliau berkata, pihaknya akan berhubung dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk mendapatkan kepastian dan tarikh baharu mengenai perjalanan sidang Dewan Rakyat.

“Mungkin tidak (9 Mac), saya akan berhubung secara rasmi dengan PMO (Pejabat Perdana Menteri) esok,” katanya seperti dilaporkan sebuah media.

Mengikut jadual asal, istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 sepatutnya berlangsung 9 Mac ini dengan perasmiannya akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – MalaysiGazette

Tiada ulasan: