Amin Adnan
KUALA LUMPUR – Exco Pergerakan Puteri UMNO, Dr Masliha Harun
menyeru rakyat agar memberi bantuan kepada doktor serta kakitangan
perubatan sebagai tanda penghargaan kepada petugas awam barisan hadapan
dalam memerangi COVID-19.
Katanya, perkara yang dilakukan oleh Pergerakan Puteri UMNO sangat
bertepatan iaitu dengan mengambil berat untuk memastikan kesihatan
rakyat dalam keadaan terjamin, selamat dan terkawal dari penularan
COVID-19.
“Tindakan
ini sesuatu yang sangat bagus… kita lakukan di kala kita tahu para
petugas barisan hadapan ini (front liners) sedang berusaha keras untuk
memastikan kesihatan warga Malaysia dalam keadaan kekal sihat dan
selamat.
“Sebagai seorang doktor, saya amat terharu akan jasa Puteri UMNO
Malaysia yang amat cakna atau mengambil berat akan kesusahan kami para
petugas. Mungkin dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat terubat
keletihan kami,” katanya kepada UMNO Online hari ini, di sini.
Tambah Dr Masliha yang juga Ketua Puteri UMNO Lembah Pantai turut
menjelaskan sumbangan tersebut sangat bererti bagi petugas barisan
hadapan.
“Tindakan baik ini juga seolah-olah akan menyuntik semangat para
petugas seperti kami kerana kita rasa ada yang sayang dan hargai,”
ujarnya.
Dilaporkan, berikutan penularan COVID-19, Puteri UMNO telah
melancarkan misi bagi mengumpul dana untuk membantu golongan petugas
kesihatan yang terlibat hal tersebut. Sumbangan dana ini boleh dibuat
melalui:
Bank Kerjasama Rakyat
No Akaun: 1100 7100 6115
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Puteri
– UMNO ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan