Jumaat, 20 Mac 2020

Cuti Sekolah Dilanjutkan Hingga 31 Mac – Ismail Sabri

PUTRAJAYA– Cuti persekolahan penggal pertama yang akan berakhir pada minggu ini akan dilanjutkan sehingga 31 Mac, menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sekolah yang mula bercuti pada 14 Mac lepas dijadual dibuka semula pada 22 atau 23 Mac.

Sehubungan itu, Ismail Sabri menasihatkan orang ramai yang telah menghantar keluarga mereka ke kampung berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk terus berada di sana sehingga 31 Mac dan tidak kembali semula ke Kuala Lumpur sebelum tarikh tersebut.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan, mengumumkan perkara itu pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri-menteri berhubung Perintah Kawalan Pergerakan di sini, hari ini. – BERNAMA

Tiada ulasan: