
Perintah
Kawalan Pergerakan antara lain menetapkan larangan menyeluruh
pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara dengan semua rumah
ibadat dan premis perniagaan ditutup kecuali pasar dan kedai menjual
keperluan harian. - Gambar hiasan
Warta itu memaklumkan mengenai peraturan-peraturan penting yang perlu dipatuhi sepanjang berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.
Menurut warta tersebut, mereka yang melanggar mana-mana peruntukan dalam peraturan ini boleh disabitkan denda tidak melebihi RM1,000, atau penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya.
Sebanyak 22 sektor perkhidmatan penting negara turut disenaraikan dalam perkhidmatan penting negara, memperlihatkan beberapa penambahan dalam senaraian seperti hotel dan penginapan, hidupan liar dan e-dagang.
Terdahulu, sebelum warta ini dikeluarkan hari ini, Seksyen 11(4) Akta 342 dibaca bersama Seksyen 24(a) akta sama menegaskan, sesiapa yang melanggar garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan boleh dipenjarakan selama dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Ini apa yang anda perlu tahu mengenai Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Warta Kerajaan, pengawalan penyakit berjangkit

Warta Kerajaan, pengawalan penyakit berjangkit

Warta Kerajaan, pengawalan penyakit berjangkit

Warta Kerajaan, pengawalan penyakit berjangkit

Warta Kerajaan, pengawalan penyakit berjangkit
BACA: Jangkitan COVID-19 boleh meningkat jika masyarakat tidak endah Perintah Kawalan Pergerakan - Fuziah
BACA: COVID-19: Jangan panik, patuhi Perintah Kawalan Pergerakan - Muhyiddin
BACA: COVID-19: Berikut adalah jawapan kepada 21 soalan lazim mengenai Perintah Kawalan Pergerakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan