KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan
Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon 1.62 juta
penjawat awam kecuali yang diarahkan bertugas agar terus kekal bertugas
dari rumah dan membatu mengurangkan pergerakan selaras dengan Arahan
Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa hari ini.
Presidennya, Adnan Mat berkata, selain itu penjawat awam juga disaran mengawal pergerakan ahli keluarga supaya patuh kepada perintah terbabit.

"Jika semua ini dapat dilakukan maka sektor awam sahaja mampu mengawal
pergerakan 8 juta penduduk Malaysia sekali gus mengawal penularan
COVID-19," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
CUEPACS juga menerima aduan berbagai isu daripada pihak pekerja termasuk berkaitan penutupan taska swasta dan taska jabatan yang telah menyebabkan pekerja diarahkan bertugas mengalami kesukaran.

"CUEPACS berharap Ketua Perkhidmatan bijak dalam menguruskan hal ini
termasuk langkah kawalan kerja lebih masa yang tidak mesra pekerja
dengan memotong 1 jam waktu lebih masa dengan menganggapnya waktu rehat
sedangkan pekerja bekerja tanpa mengira masa dan tiada istilah keletihan
sebaliknya keutamaan kepada negara.
"Bagi Pejawat Awam di Skim Keselamatan seperti PDRM, Tentera dan lain-lain sama ada beruniform atau pegawai awam yang dikehendaki atau diarah bertugas di pejabat, budi bicara Ketua Jabatan perlu untuk membenarkan pejawat awam diberi kemudahan Cuti Tanpa Rekod (CTR) bagi hal-hal kecemasan seperti penjagaan anak kerana Taska dan pusat jagaan kanak-kanak diarah tutup," ujar beliau.
Langkah berkenaan bagi mengelakkan penjawat awam membawa anak-anak ke pejabat kerana tiada pengasuh, sedangkan arahan jelas untuk mengurangkan jumlah kehadiran pekerja ke pejabat.
"CUEPACS juga memohon pihak kerajaan mengambil kira kebajikan pekerja sambilan harian. Dengan berkuatkuasanya sekatan ini bermakna mereka tidak bekerja dan hilang punca pendapatan. Mohon mereka-mereka ini dibantu sebagaimana bantuan kepada pekerja yangg bercuti tanpa gaji," tambahnya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan