Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
UMNO, PAS sokong Muhyiddin semata-mata atas kepentingan nasional

TUN Hamid wajarlah memahami perspektif kenapa UMNO merasakan bahawa ia tidak mendapat agihan kerusi dengan adil.
Pertama,
UMNO dari awal telah menuntut agar Parlimen segera dibubarkan untuk
memberi laluan kepada satu pilihanraya. UMNO hanya menukar pendiriannya
setelah kedudukan politik Malaysia terus berkonflik kerana tindakan Tun
Mahathir.
Demi
menyelesaikan kemelut tersebut, UMNO dan PAS memilih untuk menyokong Tan
Sri Muhyiddin semata-mata atas kepentingan nasional.
Tanpa UMNO
dan PAS, Tan Sri Muhyiddin tidak dapat membentuk kerajaan. Justeru UMNO
adalah pendiri bersama kerajaan Perikatan Nasional dan bukan penumpang.
Kerana itu UMNO merasakan wajar untuk ia mendapat keadilan melalui
tuntutan ‘proportionate’.
Kedua, UMNO ini parti politik. Ia bukan ‘subornidate’ kepada PPBM atau Tan Sri Muhyiddin.
Ia tahu
bagaimana beroperasi sebagai sebuah parti politik. Kami tahu apa
tuntutan yang sesuai dengan sumbangan kami dalam membentuk kerajaan dan
kenapa kami menuntut perwakilan yang ‘proportionate’.
Kami
mewakili kepentingan terbesar bangsa Melayu. Bukan blok Azmin dan bukan
sesiapa. Janganlah lupa bahawa hampir 35 peratus ahli Parlimen PPBM
menang atas tiket UMNO. Dan selainnya adalah mereka yang melompat dari
mana-mana untuk mendapat jawatan.
PPBM hanya
menang 13 kerusi dalam pilihanraya lepas dengan undi popular yang
sangat sedikit. UMNO dan PAS menguasai 70 peratus undi popular Melayu.
UMNO tahu di mana ia berada dalam persada politik Melayu dan Malaysia.
Ia adalah dukungan sebenar bangsa melayu dan bukannya PPBM.
Ketiga,
kebimbangan Tun Hamid sepatutnya jangan ditujukan kepada UMNO. Ia patut
ditujukan kepada kualiti dan wibawa Kabinet itu sendiri.
Bila 10
dari Menteri dari blok Azmin adalah mereka yang tidak menghormati mandat
rakyat dan memperdagangkan jawatan Ahli Parlimen mereka untuk jawatan.
Apakah itu sesuatu yang bermoral pada kaca mata Tun Hamid?
Dan
beberapa lagi yang dilantik dalam PPBM juga begitu. Mereka menang atas
tiket UMNO tetapi memilih jawatan dari wibawa. Apakah ini kepimpinan
Melayu yang Tun Hamid absahkan.
Malah ada
dikalangan mereka yang terpalit dengan skandal yang menjijikkan tetapi
masih dilindungi dan diberikan tempat dalam kerajaan. Disebalik janji
untuk kerajaan yang bersih dan berintegriti.
Kerajaan
hanya akan disegani dan diyakini dengan wibawa Kabinetnya. UMNO hanya
melakukan tugas moralnya sebagai parti politik untuk menuntut
representasi yang strategik dengan sumbangannya dan setelah
memperkirakan keupayaan dan pengalamannya dalam melestarikan kepentingan
bangsa Melayu.
Tun Hamid
berhak atas pandangannya. Saya sangat menghormati. Tetapi UMNO tidak
akan menikus sebagai parti politik apatah lagi sebagai suara orang
Melayu.
*Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Naib Presiden UMNO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan