Jumaat, 20 Mac 2020

KPM terima lulusan UEC sejak 2011

ainulillia

 

Umum ambil guru calon UEC semasa pembentangan usul RMK ke-10

BANGI -Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, ketetapan bagi pengambilan calon guru lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah untuk subjek Bahasa Cina di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC).

Kementerian itu berkata demikian setelah menerima beberapa pertanyaan dan maklum balas berkaitan iklan pengambilan khas PISMP dengan kepujian bagi calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Menengah Ugama (SMU) dan UEC Ambilan 2020

“KPM ingin menjelaskan bahawa pengambilan pelajar bawah program ini dibuat setiap tahun semenjak 2011 lagi. Jumlah pengambilan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dibuat KP

“Ketetapan bagi pengambilan calon guru lulusan SMA, SMU dan UEC diumumkan semasa pembentangan usul Rancangan Malaysia ke-10 pada tahun 2010 oleh Perdana Menteri ketika itu,” kata KOM dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, KPM berkata, syarat wajib bagi permohonan PISMP lulusan SMA, SMU dan UEC ialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta lulus Sejarah.  

Katanya, permohonan dari calon yang tidak mempunyai kelulusan SPM dan tidak memenuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.

“Program ini dibuka kepada lulusan SMA dan SMU yang mempunyai sijil SPM dan memenuhi syarat ditetapkan adalah bagi menampung unjuran keperluan guru untuk bidang Pendidikan Islam.

“Manakala, program tersebut dibuka bagi lulusan UEC yang mempunyai sijil SPM dan memenuhi syarat ditetapkan bagi memenuhi unjuran keperluan guru Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC),” katanya.

Terdahulu, Ismaweb mendedahkan KPM mengeluarkan iklan pengambilan khas PISMP dengan kepujian bagi calon laluan khas untuk pelajar lepasan UEC.

Malah, terdapat poster dikeluarkan dengan kapsyen calon lepasan UEC, SMA dan SMU berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2020 layak untuk memohon PISMP.


Tiada ulasan: