Selasa, 17 Mac 2020

COVID-19: Dr M berjenaka ketika jadi Perdana Menteri

Isham Abdul Jalil

 

Dakwa rakyat Malaysia tak serius tangani wabak selepas tiada jawatan


DUA jam tadi bekas Perdana Menteri ke-7 Dr. Mahathir berkata bahawa:

“..lihat keadaan di Malaysia dan nampak orang di Malaysia ini tidak begitu serius berkenaan dengan menangani Corona virus (COVID-19) ini..”.

Dua bulan lepas ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan apabila Coronavirus ini mula menular dan pencegahan awal boleh dilakukan, apabila ditanya berkenaan sekatan dan kuarantin ke atas pelawat-pelawat dari China, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu berkata dengan berseloroh:

“Kita nak simpan (kuarantin pelancong China) di mana? Nak bubuh dalam kandang lembu? (diikuti dengan gelak ketawa hahaha di latarbelakang)”.

Dan apabila wartawan bertanya dengan serius adakah kita akan menyekat barang-barang yang diimport dari Wuhan (untuk mengekang penularan virus), Mahathir berkata dengan berjenaka:

“(Buat apa nak sekat?), barang-barang itu bukannya demam (gelak ketawa hahaha di latarbelakang).”

Kini bila dia tidak lagi jadi Perdana Menteri, dia kata orang lain tidak serius dalam menangani COVID-19 dan dia ingin jadi Perdana Menteri ke-9 pula.

Nasihat saya, cukup-cukuplah Tun. Move on lah.

Malaysia pun perlu move on dari  Dr Mahathir.

*Isham Abdul Jalil = Pengerusi Sukarelawan Malaysia

Tiada ulasan: