PENUH.
Sebahagian orang ramai beratur membuat bayaran selepas berbelanja di
Malakat Mall, Cyberjaya. foto SYAFIQ AMBAK
CYBERJAYA – Menerima persepsi negatif pada awalnya khususnya
lokasi yang dianggap tempat ‘jin bertendang’ namun aura produk
bumiputera di Malakat Mall mempesonakan ramai pengunjung sejak mula
beroperasi Jumaat lalu. Malakat Mall, Cyberjaya. foto SYAFIQ AMBAK
Pengasas pusat beli-belah berkenaan, Mohd. Fadzil Hashim berkata,
Malakat Mall ternyata menerima sokongan pelanggan daripada pelbagai
negeri bukan sahaja Selangor dan Lembah Klang.
“Bukan sebab kita tidak jemput orang berniaga di sini tetapi
sebelum ini ramai yang tidak mahu. Ada yang anggap lokasinya tidak
strategik, ada yang kata tempat ‘jin bertendang’
“Peniaga yang masuk cuma ada bazaraya yang kiosk lebih kurang 35
dengan kedai kita ada tiga. Itu sahaja buat masa ini. Yang kedai lain
itu saya punya sendiri, kenapa kita terpaksa buat sendiri sebab tidak
ada orang nak masuk menyewa, ramai orang tidak yakin tapi tidak
mengapa,” ujarnya kepada MalaysiaGazette hari ini. Ketua
Pegawai Eksekutif Raudhah City Sdn. Bhd, Mohd Fadzil Hashim bercakap di
Malakat Mall, Cyberjaya. foto SYAFIQAMBAK,
Bagaimanapun, sejak dirasmikan Jumaat lalu, Malakat Mall bukan sahaja
menerima sambutan yang sangat memberangsangkan meskipun tanpa iklan dan
promosi besar-besaran.
Difahamkan, semalam kesesakan jalan raya berlaku selama dua jam di Cyberjaya gara-gara Malakat Mall. Deretan kereta pengunjung yang diletak di bahu jalan bagi di Malakat Mall, Cyberjaya. foto SYAFIQ AMBAK
“Ada yang datang naik bas dari Perak, dari Johor, Kedah. Mungkin
sekarang cuti sekolah. Sekarang ni Covid-19 orang tidak keluar jauh
sangat yang berdekatan kena juga berbelanja kan,” katanya lagi.
“Kita pun tidak sempat activate marketing, bunting, roadshow
(untuk iklankan) kita tidak sempat buat sebab bukan sekadar bukan pusat
beli belah tetapi kita sedia juga produk sendiri,” kata Mohd. Fadzil.
Tanpa niat untuk mencetuskan sentimen perkauman namun beliau
sememangnya mahu membantu usahawan bumiputera dan produk golongan itu
seterusnya membangunkan ekonomi Islam di negara ini.
“Kita harap pembukaan Malakat Mall ini memberi semangat kepada muslim
ini adalah tahun kita maju, tahun kebangkitan Islam dalam konteks tidak
mengganggu gugat kaum lain,” ujarnya.
Optimis dengan pusat beli belahnya yang sulung itu, beliau
menyasarkan untuk membuka 100 cawangan Malakat Mall di seluruh negeri
dalam tempoh 10 tahun.
Dalam pada itu tinjauan MalaysiaGazette mendapati rata-rata
pengunjung yang pertama kali ke Malakat Mall berpuas hati dengan produk
yang ditawarkan di Raudhah Grocer.
Pengunjung juga lega kerana Malakat Mall menyediakan ruang bagi orang ramai bersolat dengan selesa. Orang ramai turut menunaikan solat fardu semasa membeli belah di Malakat Mall, Cyberjaya. foto SYAFIQ AMBAK
Selain dapat mengenali pelbagai produk bumiputera buat pertama kali,
seorang pengunjung, Rahil Ibrahim, 39, juga teruja untuk mencuba
barangan muslim yang tidak pernah digunakan. Pengunjung, Rahil Ibrahim, 39, bercakap semasa membeli belah di Malakat Mall, Cyberjaya. foto SYAFIQ AMBAK
“Malakat Mall ini sangat menarik menerujakan saya untuk menyokong
produk Muslim, BMF (Buy Muslim First). Produknya pun bagus juga, banyak
yang kita tidak pernah jumpa sebelum ini jadi kita berpeluang untuk
mencuba,” katanya.
Bagi Khadijah Ibrahim, 62, yang kelihatan sangat gembira selepas berbelanja barangan keperluan rumahnya di Raudhah Grocer. Pengunjung, Khadijah Ibrahim, 62, bercakap semasa membeli belah di Malakat Mall, Cyberjaya. foto SYAFIQ AMBAK
Jelas beliau, ini kerana Khadijah tidak perlu risau dengan dengan
kandungan barangan mentah khususnya apatah lagi barangan keluaran
muslim.
“Ini pertama kali saya suka sangat pasar raya Raudhah dan pusat
membeli belah begini. Macam Raudhah Grocer sendiri saya tidak perlu
membaca kandungan lagi, senang untuk kita orang Muslim, harga pun sangat
berpatutan, murah dari pasaraya lain,” tambahnya.
Bagi Hasan Abdul Rahman, 55, bukan hanya keunikannya memasarkan
produk muslim di Raudhah Grocer malah Malakat Mall menyediakan harga
yang lebih berpatutan jika dibandingkan dengan pasar raya lain. Pengunjung, Hasan Abdul Rahman, 55, bercakap semasa membeli belah di Malakat Mall, Cyberjaya. foto SYAFIQ AMBAK,
“Harga saya rasa ada barangan yang murah dari pasar raya. Kalau
banyak pusat beli belah macam ini lagi bagus, sebab ramai pelanggan
sekarang tidak banyak pilihan. Macam saya tinggal di Bangi walaupun ia
kawasan Melayu tetapi tidak ramai peniaga Melayu yang buka pusat beli
belah seperti ini.
“Raudha Grocer ini pun konsepnya bersih dan cantik, saya berpuas hati
berbelanja di sini. Kena tambah lebih banyak barang lagilah,” ujarnya.-
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan