Perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepatutnya membataskan pergerakan orang ramai dalam usaha untuk mengekang penularan virus Covid-19.
Siswa institut pengajian tinggi, antara mereka yang keluar beramai-ramai secara tergesa-gesa untuk pulang ke kampung.
Bagi para penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) pergerakan beramai-ramai itu tercetus apabila pihak keluar pekeliling universiti memaklumkan perintah kepada pelajar yang tinggal di kampus supaya mengosongkan bilik asrama mereka dan pulang ke rumah pada hari yang sama.
Sekitar jam 3 petang semalam, media sosial kecoh dengan laporan para pelajar antara orang ramai yang berpusu-pusu di Terminal Bas Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan, menunggu bas untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Walaupun pakar perubatan telah memberi amaran terdapat risiko terhadap kesihatan awam apabila siswa universiti pulang ke kampung beramai-ramai, pihak berkuasa mengambil masa untuk bertindak balas.
Doktor pakar pernafasan Helmy Haja Mydin membuat hantaran di Twitter berkata:
"Saya pasti kawan-kawan saya di (Kementerian Kesihatan cukup terkejut ibarat) 'sedang hantuk kepala ke dinding'.
"Jumlah (jangkitan pesakit) akan bertambah. Dengan mendadak. Masa untuk bersiap untuk krisis katil (pesakit) dan lebih banyak kematian," kicaunya tadi malam.
Majlis Keselamatan Negara melalui makluman soalan lazim
(FAQ) sekitar jam 2 petang semalam kemudian memerintahkan semua pelajar
universiti untuk pulang ke rumah masing-masing.
"Pelajar luar negara dinasihatkan pulang ke negara asal dalam tempoh ini," kata FAQ itu.
Pada jam 5.30 petang semalam Menteri Pengajian Tinggi
Noraini Ahmad membuat hantaran di laman Facebook peribadinya, menggesa
pelajar agar tidak terburu-buru pulang ke rumah.
"Saya meminta supaya pihak Institut Pengajian Tinggi menyediakan penempatan sementara kepada para pelajar yang menghadapi kekangan untuk pulang ke kampung halaman.
"Saya juga meminta pihak Institut Pengajian Tinggi untuk memastikan pelajar mendapat akses makanan melalui kafeteria," kata beliau.
MKN kemudian menyemak semula arahan terdahulunya pada jam 7.30 malam semalam dan mengeluarkan perintah baru.
"Pelajar mempunyai pilihan untuk pulang ke tempat, negara asal atau terus berada di dalam kampus masing-masing," katanya pada FAQ yang kedua.
Noraini dikritik hebat netizen yang mendakwa kerajaan lambat bertindak balas dalam menyekat pergerakan beramai-ramai pelajar yang tidak perlu itu.
Bagimanapun,
Noraini mempertahankan dirinya malam tadi menjelaskan pada situasi
sebegini semua arahan datang daripada MKN, manakala semua menteri,
kecuali Kementerian Kesihatan perlu mengelakkan mengeluarkan kenyataan
supaya orang ramai tidak terkeliru dengan pelbagai kenyataan.
Hanya tempat-tempat perkhidmatan awam dan swasta penting sahaja yang dibuka sepanjang tempoh kawalan itu, termasuklah pasaraya, pasar awam dan kedai serbaneka.
Semalam, Covid-19 meragut dua korban pertamanya di Malaysia, seorang paderi Kristian, 60 tahun di Sarawak dan seorang pemuda berusia 34 tahun di Johor Bahru yang ikut serta perhimpunan Tabligh di Sri Petaling baru-baru ini.
Jumlah jangkitan wabak Covid-19 di Malaysia setakat semalam meningkat kepada 673 kes.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan