Sunway
Pyramid menolak dakwaan kejadian penghantar makanan Grab yang pengsan
di sekitar pusat membeli-belah itu mempunyai kaitan dengan wabak
Covid-19.
"Berhubung video yang beredar di media sosial baru-baru ini mengenai penghantar makanan Grab pengsan di sekitar Sunway Pyramid, kami ingin menjelaskan penghantar itu telah dihantar ke sebuah hospital berdekatan untuk rawatan perubatan selepas tindakan segera oleh kakitangan keselamatan kami .
"Bagi kes berasingan mengenai dakwaan seorang yang dikatakan pembeli di pusat beli-belah ini, kakitangan penjagaan pelanggan kami mendapati pembeli itu kini berada dalam keadaan baik, mampu menjalankan aktivitinya dan sejak itu telah pulang ke rumah," kata ciapan itu.
Ia juga menjelaskan bahawa satu lagi video memaparkan seorang wanita pengsan di sebuah premis makanan tidak berlaku di Sunway Pyramid.
"Kesemua tiga kes ini tidak ada kaitan dengan Covid-19," tegas pengurusan kompleks itu.
Sunway Pyramid turut menasihatkan semua pihak supaya tidak berkongsi hantaran media sosial yang tidak disahkan yang boleh mencetuskan ketakutan dan spekulasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan