Rabu, 1 Januari 2020

Ultra kiasu makin kurang ajar, tak sedar diri lupa asal usul

siti hafidah 

 

Hanya bagi taraf warganegara jika mereka fasih cakap Melayu

BANGI – Kerajaan Pusat digesa bertegas menjadikan bahasa Melayu sebagai asas kewarganegaraan serta mengharamkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) rasis komunis yang menjadi ibu kepada masalah perkauman.

Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, selagi mana kerajaan tidak bertegas, selagi itu kedudukan bahasa kebangsaan dianggap sebagai bahasa tidak ada nilai.

Katanya, sudah tiba masanya taraf warganegara hanya boleh diberikan jika ultra kiasu dapat menguasai bahasa negara dengan baik.

Beliau turut menegaskan bahawa institusi pendidikan vernakular telah menjadi sarang komunis kerana NGO yang menjaga institusi pendidikan ini berfikiran seperti kumpulan pengganas.

“Komunis ini lebih berkuasa daripada kerajaan. Komunis ini yang menentukan hala tuju pendidikan sekolah vernakular walaupun sekolah vernakular dibiayai kerajaan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Beliau berkata demikian sebagai menyokong pandangan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa kemelut pergeseran dan kebiadaban antara kaum tidak akan berhenti selagi sekolah vernakular yang tidak berbahasa kebangsaan tidak dihapuskan dalam negara ini.

Mengulas lanjut, Ridhuan Tee berkata, ultra kiasu langsung tidak mahu mengakui bahawa punca masalah perkauman disebabkan mereka, sebaliknya lebih menyalahkan orang lain seperti UMNO yang dikatakan memainkan sentimen perkauman sejak kalah pilihan raya lalu.

“Hina sungguh ultra kiasu ini, masalah perkauman di negara ini telah bersarang sejak dahulu lagi. Dengan adalah sekolah vernakular, media, dan NGO perkauman ini, keadaan makin parah.

“Lebih-lebih lagi selepas PRU14. Kenapa? Ultra kiasu semakin berani mencabar maruah Melayu seperti mengatakan Melayu juga pendatang, tanah ini berasal tanah Hindu dan banyak lagi.

“Ini belum termasuk kenyataan demi kenyataan yang amat mengguris oleh ultra kiasu saban hari. Pendek kata, ultra kiasu sejak kebelakangan ini semakin lama semakin kurang ajar. Tidak sedar diri dan asal usul,” kata beliau.


Tiada ulasan: