Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal
Abidin di Putrajaya mengadakan solat hajat dan doa selamat selepas solat
Isyak malam ini bagi memohon agar Malaysia dilindungi Allah daripada
wabak koronavirus.
Jakim menjemput umat Islam untuk turut serta menunaikan solat hajat dan memperbanyakkan doa bagi memohon perlindungan Illahi, tambah Paimuzi.
Di samping itu umat Islam perlu mengikuti saranan amalan kesihatan seperti yang disyorkan oleh KKM, katanya lagi.
"Semoga Allah memelihara negara daripada sebarang penularan wabak penyakit yang tidak diingini serta memudahkan pihak berkuasa dalam menangani segala urusan yang berkaitan dengan perkara ini," menurut kenyataan media oleh Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan Jawi, hari ini.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan