“AIR
pasang bertembung hujan lebat yang membuatkan air naik deras hingga ke
paras perut,” kata mangsa banjir, Mohd Elham Abdul Rahman, menceritakan
detik cemas kejadian yang melanda kediamannya di Kampung Tuah Jaya,
Taman Perling, Johor Bahru.
Mohd Elham, 34, yang pada ketika itu
bersama tiga anak perempuannya berusia dua hingga tujuh tahun berada di
bilik tidur untuk berehat mula menyedari hujan lebat kira-kira jam 1
tengah hari, semalam sebelum air mula naik pada paras buku lali.
“Sepanjang
tujuh tahun saya sekeluarga menetap di sini, ini pertama kali banjir
teruk sehingga menyebabkan semua perabot rumah terapung. Selalunya air
naik hanya di dapur, namun kali ini air mengalir deras dari arah beranda
depan juga.
“Mujur saya cuti semalam. Pada awalnya saya sedar air
naik sebelum bergegas mengalihkan kereta yang parkir di hadapan rumah
itu ke surau berhampiran, manakala anak-anak pula bersama ibu dan bapa
mertua di rumah.
“Sekembalinya
saya, air sudah naik ke paras lutut. Kelam kabut mak abah kemas apa
yang boleh diselamatkan. Saya pula capai buku-buku sekolah anak dan
mendukung mereka ke loteng belakang rumah yang lebih tinggi.
“Mujur
pakaian sekolah mereka selamat sebab baru basuh dan masih dijemur di
loteng berkenaan. Bayangkan dalam tempoh 15 minit, tangga loteng yang
ada lapan anak tangga itu hanya tinggal dua anak tangga paras air yang
naik,” katanya.
KEADAAN banjir yang berlaku di Kampung Tuah Jaya, Taman Perling, selepas hujan lebat petang semalam. FOTO Ihsan APM JohorMohd
Elham cuba meminta pertolongan jirannya untuk menyelamatkan anak-anak,
namun masing-masing dalam keadaan panik, selain ibu bapa mertuanya risau
anak seusia itu akan tenggelam.
“Sejurus pasukan bomba tiba, bagaikan satu kelegaan anak-anak saya selamat.
Sungguhpun mereka menangis sepanjang masa dan takut mahu menyarung jaket keselamatan, namun kesemua ahli keluarga saya selamat.
“Sehingga
kini, mereka ditempatkan sementara di rumah ibu dan ayah saya di Taman
Johor Jaya, dekat sini, manakala saya akan mula mengemas rumah berikutan
dimaklumkan air sudah mula surut dan dijangka boleh pulang menjelang
tengah hari ini,” katanya.
Pengerusi
Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar
negeri, Tan Chen Choon, berkata, empat daerah berkenaan membabitkan
Johor Bahru, Kulai, Kluang dan Pontian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan