TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan pegawai dan anggota Pasukan Projek Kapal Misi Pesisir (PPLMS) yang
berada di China untuk pemantauan projek dan latihan tidak dijangkiti wabak koronavirus baharu.
Dalam kenyataan hari ini, TLDM memaklumkan seramai 57 pegawai dan anggotanya dihantar untuk tujuan itu dan 42 daripadanya sudah pulang ke Malaysia sempena sambutan Tahun Baru Cina manakala, bakinya masih berada di China.
Menurutnya, empat kapal LMS kini dalam proses pembinaan di Wuhan dan pegawai serta anggota terbabit berada di sana bagi menjalani latihan dan penyesuaian di Qidong, Shanghai untuk membawa kapal itu pulang ke Malaysia.
“TLDM sentiasa berhubung dengan warganya bagi memantau perkembangan terkini di China dan sehingga kini tiada sebarang kes membabitkan pegawai serta anggota yang berada di negara berkenaan.
“Sebagai langkah keselamatan, TLDM kini sedang menguruskan pergerakan pulang 15 pegawai dan anggota yang masih berada
di China ke Malaysia dalam masa terdekat,” katanya, hari ini.
Katanya, diharap tiada sebarang penyebaran maklumat yang tidak sah mengenai koronavirus membabitkan pegawai dan anggota
dalam projek PPLMS sehingga menimbulkan kekeliruan awam.
Empat kapal LMS TLDM kini dalam proses pembinaan di Wuhan selepas kerajaan menandatangani kontrak dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada 23 Mac 2017.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan