Mangsa masuk hospital pada 25 Januari selepas batuk tak serius
MANILA
– Filipina pada Khamis mengesahkan kes pertama jangkitan novel
koronavirus (2019-nCoV) membabitkan seorang wanita China berusia 38
tahun, lapor agensi berita Xinhua.
Perkara itu disahkan Setiausaha Kesihatan
Filipina Francisco Duque pada satu sidang media dan mengatakan wanita
itu tiba di Filipina dari Wuhan, China melalui Hong Kong pada 21
Januari.
Wanita itu dimasukkan ke hospital kerajaan pada 25 Januari, selepas mengalami batuk yang tidak serius, katanya.
“Dia asimptomatik (tidak menunjukkan sebarang gejala), tiada demam dan gejala lain setakat ini,” kata Duque.
Beliau berkata, Jabatan Kesihatan
“memberi jaminan kepada orang ramai bahawa semua langkah berjaga-jaga
yang perlu telah diambil untuk menghalang penularan virus itu.”
Wanita itu adalah antara 23 orang yang diletakkan di bawah pemantauan, kebanyakannya warga China. -Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan