Ahad, 26 Januari 2020

Pesakit dengan simptom koronavirus dibawa ‘lari’ dari kuarantin

police-report



 Muhammad Azizul Osman


KUALA LUMPUR – Satu laporan polis berlegar di media sosial hari ini berkaitan seorang kanak-kanak yang mempunyai simptom koronavirus (2019-nCov) dibawa keluar dari kuarantin oleh ibu bapanya.

Laporan polis itu dipercayai dibuat dalam seorang pegawai Hospital Sultanah Bahiyah, Johor Bahru.

“Seorang pesakit berumur 2 tahun, bernama Wong Wontung warganegara China bersama ibubapanya dalam proses saringan didapati mempunyai simptom ‘influenza like illness’ iaitu deman dan batuk.

“Pesakit datang ke Hospital Sultanah Aminah atas sebutan Hospital Columbia Asia, mengikut surat berkenaan, pesakit mempunyai simptom deman dan batuk serta telah mengalami deman kejung yang tidak diakui oleh ibunya,” tulis laporan itu.

Laporan itu dibuat jam 4.20 pagi tadi di Balai Polis Johor Bahru Central.

Dalam laporan itu, turut menerangkan kedua-dua ibu bapa dan kanak-kanak berkenaan tidak dapat dijejaki dan dipercayai meninggalkan hospital tanpa kebenaran.

“Bapanya tidak mahu anak beliau dimasukkan ke dalam hospital atas sebab mereka mempunyai tiket penerbangan ke China jam 10 pagi.

“Saya telah menjelaskan bahawa isu kuarantin di lapangan terbang dengan sekian suhu akan mengakibatkan merak tidak dapat meneruskan penerbangan tetapi bapanya tidak mendengar dan mahu anaknya dirawat dengan ubat demam dan batuk sahaja.

“Tujuan laporan polis ini dibuat untuk rujukan pihak yang berkenaan supaya pesakit tidak dilepas pandang kerana mereka keluar dari hospital tanpa kebenaran,” tulis pelapor itu lagi.

Bagaimana, atas faktor tertentu MalaysiaGazette tidak dapat memaparkan nama pengadu.

Pihak kami akan mendapatkan kepastian daripada pihak Kementerian Kesihatan dalam masa terdekat. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: