Angka kematian akibat wabak Coronovirus di China mencatatkan
peningkatan kepada 56 orang dengan lebih 2,000 dijangkiti di seluruh
dunia setakat ini, menurut angka yang dikeluarkan pada Ahad.
Pemerintah China juga melaporkan lima kes di Hong Kong, dua di Macau dan tiga di Taiwan.
Terkini, Kanada dilapor menemui kes pertama membabitkan lelaki berusia 50-an yang baru-baru ini terbang dari Wuhan ke Guangzhou, China, dan kemudian ke Toronto.
Pemimpin-pemimpin China pada Sabtu menyatakan penyebaran virus berkenaan berlaku dengan pantas dan amat serius.
Presiden Xi Jinping dipetik berkata keadaan di China disifatkan getir dan beliau mahu kerajaan fokus kepada usaha membendung virus berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan