Ahad, 26 Januari 2020

Persatuan Olahraga Asia (AAA) membatalkan Kejohanan Olahraga Asia

BERNAMA



Persatuan Olahraga Asia (AAA) hari ini membatalkan Kejohanan Olahraga Asia kesembilan di Hanzhou, China yang dijadualkan pada 12 dan 13 Feb disebabkan penularan wabak 2019 novel coronavirus di negara itu.

Ahli Majlis AAA, Karim Ibrahim berkata badan olahraga Asia itu telah membuat keputusan menerusi mesyuarat secara dalam talian pada petang ini, berikutan merebaknya virus itu di beberapa negara yang berasal dari Wuhan di tanah besar China.

“AAA membuat keputusan bagi menjaga keselamatan dan kesihatan atlet dan pegawai yang terlibat dalam kejohanan itu.

“Bagaimanapun mesyuarat Jawatankuasa Stastistik AAA di Malaysia yang saya pengerusikan, akan diteruskan seperti dijadulkan pada 30 dan 31 Jan di Kuala Lumpur,” katanya kepada Bernama.

Agensi berita Xinhua melaporkan 1,975 kes pneumonia yang disebabkan koronavirus telah disahkan, dengan 56 kematian sehingga Sabtu.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah megesahkan empat warganegara China, yang memasuki Malaysia melalui Johor daripada Singapura, telah disahkan positif virus tersebut.
- Bernama

Tiada ulasan: