Ahad, 12 Januari 2020

Tanglung: DJ Cina provok kata peguam Melayu jadi hero ‘bodoh’

ainulillia 

 

Radio City Plus FM tuduh Khairul Azam cetus propaganda murahan

BANGI – Stesen radio bisnes berbahasa Cina, City Plus FM didapati secara terang-terangan memburukkan peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang membangkitkan aduan berkenaan hiasan tanglung secara berlebihan di sebuah sekolah di Puchong, Selangor.

Penyampai radio, Lum Chih Feng mendakwa, Khairul Azam yang juga Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), sengaja mencetuskan propaganda murahan melalui isu itu.

“Timbalan Presiden Putra jelas memancing modal politik murahan kerana dia sedar perbuatan tersebut akan mendapat liputan luas media sekali gus membuat beliau terkenal. Atau mungkin rasa dirinya kurang dikenali sebelum ini, beliau tidak berpuas hati,” kata Chih Feng.

Malah, stesen radio itu mendakwa, matlamat Khairul Azam yang turut dikenali sebagai Buzze Azam adalah untuk menjadi ‘hero’ dalam kalangan masyarakat Melayu supaya media sentiasa mengikutinya.

“Lagi kontroversi isu tersebut, lagi gemar dia melibatkan diri. Dia langsung tak peduli jika isu itu memalukan seperti tidak jelas kaitan agama dengan sambutan Tahun Baru Cina, merosakkan hubungan antara kaum dan lain-lain semua perkara negatif ini dia tak peduli

“Dia mahu menjadi jaguh kampung, mahu jadi terkenal dalam kawasan kecil. Ini mencerminkan konflik kendiri antara rasa rendah diri dan bongkak,” katanya.

Selain itu, penyampai radio berkenaan turut berkata, Khairul Azam mahu menggunakan tekanan dari perbahasan dalam media massa untuk memaksa pengetua sekolah berkompromi dan mengalah.

“Ini adalah tindakan yang sangat jahat yang patut dilaporkan tetapi janganlah diberi laporan yang terlalu meluas,” katanya.

Bahkan penyampai itu berkata, orang bodoh tidak mungkin tidak tahu bahawa perayaan Tahun Baru Cina tiada kaitan dengan agama.

“Jadi Khairul Azam ini ialah seorang peguam, yang saya tidak percaya dia begitu bodoh sehingga tidak dapat membezakan agama dan perayaan Tahun Baru Cina.

“Dia peguam, bukan bodoh hatta lebih bijak dari saya, tahu mengira untung rugi,” katanya lagi.

Pada 6 Januari lalu, Khairul Azam telah memuat naik sepucuk surat aduan dari ibu bapa yang tidak senang dengan hiasan Tahun Baru Cina di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1.

Beliau yang juga seorang peguam mendakwa, hiasan berkenaan melanggar Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan terdapat ibu bapa beragama Islam tidak senang dengan apa yang dilihat mereka sebagai cubaan untuk menyebarkan agama bukan Islam kepada para pelajar di sekolah tersebut.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang tidak bersetuju dengan pertikaian ibu bapa dan peguam itu berkata, hiasan di sekolah berkenaan tidak sepatutnya dijadikan isu yang boleh memecahbelahkan kaum.

Beliau malah mengetuai delegasi melawat dan memberi sokongan terhadap sekolah berkenaan selepas ia kononnya menerima aduan dari ibu bapa yang meminta hiasan ‘keterlaluan’ sempena Tahun Baharu Cina diturunkan. 

Turut hadir adalah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi, Gobind Singh Deo, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahmah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof. 

Juga hadir, Menteri Air ,Tanah dan Sumber Asli, Datuk Xavier Jayakumar dan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Cing. Kesemua mereka mengambil giliran menandatangani tanglung yang ditaja oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han.

Link Facebook video bahas isu tanglung: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=582224205943180&id=500765600118362

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=582224205943180&id=500765600118362

Tiada ulasan: