iPeguam ajak DAP buang sentimen rasis, cauvinis baru boleh jadi juara

BANGI
– Tidak perlu berlagak sebagai juara budaya ‘hormat-menghormati’ hanya
dengan sebuah tanglung dan tiang dengan kaligrafi Cina dipasangkan di
dalam sebuah masjid.
Demikian sindiran pedas, Pengerusi Ikatan
Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam), Muhammad Luttfi Abdul Khalid
selepas Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming memuji tindakan Masjid
Muhamadiah di Jalan Tasek Ipoh, Perak yang menggantung sebuah tanglung
di dalam masjid.
Menerusi catatan di Twitter, Kor Ming
mengucapkan tahniah dan syabas kepada masjid berkenaan yang dikatakan
tindakan itu demi memupuk keharmonian masyarakat.
“Teladan baik ini wajib dicontohi.
Marilah kita saling hormat-menghormati dan bersatu padu menolak ektremis
yang cuba merosakkan keharmonian kita,” tulis beliau.
Mengkritik perkara itu, Muhammad Luttfi
berkata, Kor Ming kena memulakan dengan mengajak dan menyeru supaya DAP
sendiri membuang sikap dan sentimen rasis cauvinisnya.
“Baru kita boleh tahu siapa yang jujur,
siapa yang ektremis, siapa yang memupuk keharmonian dan siapa yang cuba
merosakkan semangat bersatu padu di antara pelbagai kaum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan