Oleh Athirah Huda Zalhe
Tak perlulah Nga Kor Ming promosi budaya asing bagi orang Melayu Islam

BANGI
– Isu menggantung tanglung di sebuah masjid di Perak hanyalah cubaan
untuk parti tamak haloba, DAP melakukan proses normalisasi secara halus.
Timbalan
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
berkata, parti itu dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming adalah antara
pihak yang ‘lantang’ menolak kempen beli produk muslim (BMF) serta
pelaksanaan pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular, kononnya
atas alasan keharmonian.
Bagaimanapun,
secara tiba-tiba Kor Ming dan DAP mengajak masyarakat Melayu Islam
untuk menggantung tanglung di masjid, yang didakwanya sebagai
keharmonian serta kesatuan antara kaum, kata Muhammad Fauzi.
“Sedangkan
tanglung adalah satu yang asing bagi masyarakat Melayu, Islam. Untuk
menerang atau menghias masjid, orang Islam mempunyai banyak lagi
alternatif lain yang lebih dekat dengan budaya mereka.
“Tidak
perlulah Kor Ming mempromosikan satu budaya baru yang sebenarnya masih
lagi menjadi perbincangan ramai sama ada ianya ada kaitan dengan ritual
keagamaan tertentu atau semata-mata budaya sahaja,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Beliau
berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Kor Ming yang memuji
tindakan Masjid Muhamadiah di Jalan Tasek Ipoh, Perak menggantung sebuah
tanglung di dalam masjid.
Menerusi
catatan di Twitter, Kor Ming mengucapkan tahniah dan syabas kepada
masjid berkenaan yang dikatakan tindakan itu demi memupuk keharmonian
masyarakat.
“Teladan
baik ini wajib dicontohi. Marilah kita saling hormat-menghormati dan
bersatu padu menolak ektremis yang cuba merosakkan keharmonian kita,”
tulis Kor Ming.
Menempelak
kenyataan Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu, Muhammad Fauzi berkata,
jika Kor Ming jujur dengan gesaannya itu, dia tidak akan melakukan
sebarang tindakan yang bertentangan, khususnya membabitkan isu tulisan
jawi untuk pelajar Cina.
“Tetapi,
yang lebih menghairankan adalah pemimpin Melayu, Islam di Perak yang
berdiam diri dalam seruan menggantung tanglung di masjid, sedangkan
sebelumnya secara lantang mengeluarkan larangan kempen BMF di
masjid-masjid seluruh Perak,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan