Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
Terlalu kurang ajar, sombong langsung tidak punya budi bahasa
BANGI
– Seluruh rakyat di negeri Pahang yang mencintai keamanan berasa amat
terguris hati dengan kenyataan netizen berbangsa Cina yang menghina Raja
Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah di media sosial.
Baru-baru
ini, dilaporkan bahawa terdapat sebuah halaman di Facebook dipercayai
menjadi medan hinaan dalam kalangan orang Cina ditemui, bahkan ada yang
bertindak biadab mencerca Tunku Azizah dengan panggilan ‘nenek sihir
rasis’.
Difahamkan,
pengguna dikenali sebagai Nengtung Ting mengeluarkan kenyataan
sedemikian susulan tindakan baginda yang menggunakan tulisan jawi di
Twitter sebagai langkah untuk memperkasakannya.
Sebelum ini,
Tunku Azizah di laman Twitter juga mempersoalkan sama ada kedudukan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) yang lebih berkuasa untuk menentukan silibus pengajaran tulisan
jawi di sekolah vernakular.
Kenyataan baginda itu turut mendapat kecaman dalam kalangan netizen Cina.
Kesal dengan
situasi itu, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau,
Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd
Ariff berkata, tindakan pemilik akaun Facebook Nengtung Ting dan
beberapa pengguna lain di media sosial dengan mengeluarkan kenyataan
berbaur cercaan dan penghinaan terhadap baginda adalah sesuatu yang amat
biadab.
“Kenyataan
mereka terlalu kurang ajar dan sombong. Mereka tidak mencerminkan sikap
rakyat Malaysia yang sebenar dan mereka langsung tidak mempunyai budi
bahasa.
“Penghinaan
memanggil ‘nenek sihir rasis’ kepada raja kami adalah sama seperti
menghina kami dan menjatuhkan maruah diri kami yang taat setia kepada
tuanku.
“Kami semua di negeri Pahang kini terguris hati,” katanya dalam satu kenyataan.
Ekoran itu, beliau menggesa tindakan segera diambil ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab itu.
“Kami mahu
pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) jangan berlengah dengan membuang masa
tanpa mengambil tindakan tegas ke atas mereka,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan