Dinasihat tangguh perjalanan yang tidak penting ke rantau berkenaan
PUTRAJAYA – Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rakyat
Malaysia yang tinggal atau dalam perjalanan ke Timur Tengah dan rantau
Teluk supaya lebih berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk
memastikan keselamatan mereka.
Beliau juga menggesa mereka yang masih
belum mendaftar diri dengan misi diplomatik Malaysia supaya berbuat
demikian di kedutaan terdekat atau konsulat jeneral Malaysia dengan
segera, katanya.
“Pendaftaran boleh dilakukan menerusi
emel,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasukan petugas belia
mengenai hal ehwal luar dan diplomasi di Wisma Putra di sini.
Berikutan misi diplomatik Malaysia yang
tidak aktif di Iraq, Syria dan Yaman, Saifuddin berkata rakyat Malaysia
yang tinggal, bekerja atau melancong di sekitar rantau itu perlu
mendaftar dengan kedutaan-kedutaan berikut:
* Rakyat Malaysia di Iraq mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Amman, Jordan;
* Mereka yang berada di Syria, mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Beirut, Lubnan;
* Rakyat Malaysia di Yaman, mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Muscat, Oman.
Saifuddin juga menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan yang tidak penting ke rantau berkenaan.-Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan