PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata,
pendedahan sembilan rakaman audio yang didakwa konspirasi jenayah
peringkat tertinggi melibatkan tujuh individu termasuk Datuk Seri Najib
Razak dan isteri serta dua pemimpin daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE)
adalah demi kepentingan umum.
Katanya, rakaman tersebut melibatkan
perlakuan salah guna kuasa, pecah amanah, tindakan memalsukan dokumen,
pendedahan maklumat sulit, ancaman keselamatan negara, konspirasi
jenayah, justeru ia perlu didedahkan kepada media seterusnya rakyat tahu
mengenainya.
“Kalau kita dengar, ini adalah pelbagai tindakan jenayah yang serius termasuklah yang membabitkan penyalahgunaan kuasa.
“Ada elemen untuk cover up, ada
juga elemen rasuah berlaku,” katanya dalam sidang media khas yang
dihadiri puluhan wakil-wakil media tempatan dan antarabangsa di ibu
pejabat suruhanjaya itu di sini.
Menurut beliau, perbualan semua individu
dalam rakaman suara itu dipercayai berlaku antara 5 Januari hingga 29
Julai 2016 berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC
International Sdn Bhd diperoleh
Antara nama individu lain yang terlibat
dalam perbualan adalah Tan Sri Abu Kassim, Tan Sri Gani Patail, Tan Sri
Apandi Ali, Datuk Seri Azeez Rahim, Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman,
Datuk Suboh Md Yasin, Nik Faisal Ariff Kamil, Datuk Abdul Aziz Ismail,
Tan Sri Shukri Abdull.
Turut dipercayai terlibat dalam rakaman
audio itu Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan,
Pengerusi International Petroleum Investment Co (IPIC) Sheikh Mansour Zayed
al Nahyan, Ketua Eksekutif Mubadala Development Company (MDC) Khaldoon
Al-Mubarak,
Presiden UAE Khalifa Zayed bin Sultan Al Nahyan,Riza Shahriz Abdul Aziz, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin dan turut disebut Senator Khairul Azwan Harun. – MalaysiagGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan