HARAKAH DAILY
DEWAN Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sabah menyelar
kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden UPKO, Madius Tangau yang juga
Timbalan Ketua Menteri Sabah kerana menyatakan Umno dan PAS adalah parti
ekstrem.
Saya sebagai Pengerusi DHPP Sabah amat berbangga
berada dalam PAS dan saya akan membantu kempen dalam PRK Kimanis pada
kali ini.
Hanya orang yang sombong dan bongkak saja yang
menyatakan PAS ini parti ekstrem. Madius sendiri adalah seorang
pengkhianat yang pernah menjadi duri dalam daging pada BN. Selepas
kemenangan sesuka hati melompat parti.
Saya sendiri masih
beragama Kristian dan juga mempunyai anak-anak yang sudah memeluk agama
Islam. Hidup kami tetap harmoni dan aman damai.
Saya pasti
ajaran Islam tidak ada yang melampau. Pengalaman saya berada dalam PAS
amat baik dan layanaan mereka memang luar biasa. Akhlak orang-orang PAS
juga sangat terpuji.
Saya nasihatkan agar semua yang turun
berkempen di Kimanis menunjukkan moral yang baik. Kita jangan saling
tuduh menuduh dan membuat fitnah. Tunjukkan kita menjalankan tugas dan
janji yang boleh dipenuhi. Jangan berjanji bulan dan bintang tetapi
semuanya tidak dapat dilaksanakan.
SATAIL MAJUNGKAT - Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sabah
– HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan