Sebuah laman Facebook dengan tulisan Mandarin jadi medan 'hina' permaisuri
BANGI– Sebuah halaman di Facebook baru-baru ini dipercayai menjadi medan
netizen dalam kalangan orang Cina, apabila bertindak biadab menghina
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan
panggilan ‘nenek sihir rasis’.
Difahamkan, pengguna dikenali sebagai
Nengtung Ting mencerca, Tunku Azizah susulan tindakan baginda yang
menggunakan tulisan jawi di Twitter sebagai langkah untuk memperkasakan
tulisan berkenaan.
“Nenek sihir yang rasis,” kata Ting dalam tulisan mandarin.
Tidak cukup dengan itu, seorang lagi
pengguna Yee Nyet Tan mendesak, Tunku Azizah supaya membuat permohonan
tulisan jawi dijadikan sebagai sebuah warisan.
“Pergilah mohon sebagai warisan. Bodoh!” herdiknya.
Pada masa sama, Mc Tan juga menempelak
tindakan baginda, selain menggesa supaya tidak memaksa kaum Cina untuk
mempelajari tulisan jawi.
“Kalau begitu, suruhlah orang Melayu belajar dengan baik dan hafal. Janganlah paksa orang Cina belajar,” katanya.
“Kenapa anda mahu paksa bangsa lain belajar budaya anda?” soal Leek Hok Hing.
Chin Chze Wui yang membalas komen berkenaan berkata: “Untuk asimilasi budayakan anda semua,”
Terdahulu, Timbalan Menteri Pendidikan,
Teo Nie Ching dipetik sebagai berkata, pelaksanaan tulisan jawi dalam
subjek Bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah vernakular hanya boleh
dilaksanakan dengan majoriti mudah 51 peratus ibu bapa serta Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersetuju.
Jelasnya, pengajaran tulisan jawi di
satu-satu sekolah akan dijalankan jika 51 peratus atau lebih borang yang
diterima daripada ibu bapa menyatakan persetujuan.
Sebelum ini, Tunku Azizah di laman
Twitter juga mempersoalkan sama ada kedudukan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) atau PIBG yang lebih berkuasa untuk menentukan silibus
pengajaran tulisan jawi di sekolah vernakular.
Kenyataan baginda itu turut mendapat kecaman dalam kalangan netizen Cina.
Johnson Chong yang dengan bangganya
menjawab persoalan baginda berkata, bahawa PIBG adalah pihak
bertanggungjawab memantau pelajaran murid-murid dan bukannya pengajaran
tulisan jawi.
“Apa pendapat anda? Kenapa pencapaian
akademik orang Cina lebih baik daripada Bumiputera? Kerana PIBG yang
berfungsi, bukan jawi,” katanya.
“Lebih baik PIBG yang berkuasa agar
pelajar boleh menguasai ilmu baru, lebih mudah bersatu dan pengajaran
guru meningkat,” tulis Siewwal Wong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan