Bekas menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein, kesal dengan
kenyataan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin yang mendakwa pas
sementara Sabah (PSS) tiada kaitan dengan isu keselamatan seperti
pencerobohan di Lahad Datu beberapa tahun lalu.
"Sebagai Menteri Dalam Negeri, kalau dia katakan tak ada kaitan dengan isu keselamatan, saya kecewa, kerana saya juga merupakan mantan menteri dalam negeri.
"Dan kita tahu ancaman dan pergerakan keselamatan di Sabah ini, jangan kita ambil mudah.
Semalam, Muhyiddin menyifatkan tindakan
Hishammuddin mengaitkan PSS dengan ancaman keselamatan termasuk
pencerobohan di Lahad Datu pada tahun 2013 sebagai tidak logik.
Isu PSS menjadi polemik antara dua parti yang bertanding iaitu BN dan Warisan dalam PRK Kimanis.
PSS ialah dokumen baru yang dikeluarkan Jabatan Imigresen kepada pendatang asing bagi menggantikan dokumen sedia ada iaitu IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci.
Muhyiddin mendakwa PSS adalah kesinambungan cadangan yang dicetuskan pada zaman kerajaaan BN sebelum ditambah baik serta dilaksanakan oleh PH.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, Warisan agak terdesak dalam PRK Kimanis apabila mengaitkan BN dengan cadangan pelaksanaan PSS.
"Saya tengok mereka agak terdesak kalau projek-projek BN dulu yang mereka batalkan atau teruskan tak pernah dia bagi kredit pada kita, tetapi perkara yang dia sendiri laksanakan dan tak dapat diterima oleh orang ramai, kita (BN) dituduh," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan