Oleh Athirah Huda Zalhe
Sebarang polemik perlu selesai secara rundingan, dialog

BANGI
– Tindakan kumpulan pendesak Cina, Gabungan Persekutuan Pertubuhan
Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) bertemu Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf bukanlah langkah
bijak untuk menyelesaikan kemelut pelaksanaan pembelajaran tulisan jawi
di sekolah vernakular.
Presiden
Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan
mempersoalkan, keperluan Dong Jiao Zong serta 11 pertubuhan lain
berkaitan pendidikan Cina dan Tamil bertemu menteri agama kerajaan
Pakatan Harapan (PH) itu, sedangkan isu berkenaan adalah autoriti
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Beliau
menegaskan, sebarang isu berkaitan polemik tulisan jawi dari sudut
teknikal hendaklah diselesaikan secara perundingan dan dialog.
“Justeru, iGuru berhadap pihak Dong Zong akur dengan keputusan KPM.
“Sikap
Dong Zong yang berkeras mengekalkan lembaga pengelola sekolah sebagai
pemutus keputusan pelaksanaan tulisan jawi akan merumitkan cadangan KPM
sedia ada, yang telah mengambil kira konsensus ibu bapa demi kepentingan
semua pihak,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Semalam,
Dong Jiao Zong bersama 11 NGO lain mengadakan pertemuan dengan Mujahid
di Putrajaya, bagi membincangkan isu tulisan jawi dalam pembelajaran di
sekolah jenis kebangsaan (SJK).
Mujahid
dilaporkan berkata, Dong Jiao Zong bersetuju pelaksanaan pembelajaran
tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK bukan bertujuan
untuk mengislamkan mana-mana pelajar bukan Islam, meskipun kumpulan itu
pernah menyatakan ia sebahagian daripada agenda Islamisasi.
Sebelum
ini, pertubuhan radikal Cina itu mencetuskan ‘masalah’ apabila menentang
keputusan KPM apabila memuktamadkan kandungan pelajaran tiga halaman
tulisan jawi yang hanya memberi tumpuan terhadap teks pada lambang
negara, ringgit Malaysia dan setem.
Secara
keseluruhannya, terdapat empat teks jawi yang berbunyi: ‘Bersekutu
Bertambah Mutu’ dalam jata negara, ‘Bank Negara Malaysia’ dan ‘Ringgit
Malaysia’ pada nota ringgit serta ‘Malaysia’ pada setem.
Setiausaha
Agung Dong Zong, Ng Chai Heng berkata, wujud rasa takut di kalangan
ahli kumpulan penubuhan berkenaan bahawa pengajaran jawi di sekolah
vernakular akan ‘mengislamkan’ murid.
Beliau
berkata demikian, meskipun mengakui pengalaman belajar jawi ketika di
sekolah dahulu tidak pun menukar agamanya kepada Islam.
Mengulas
perkara itu, Mohd Azizee berkata, iGuru berharap, Dong Jiao Zong selepas
ini tidak lagi berterusan mendakwa tulisan jawi satu bentuk Islamisasi,
dan patuh dengan kehendak KPM, termasuk menghormati kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
“iGuru
turut menggesa semua pihak supaya tidak menambahkan lagi kekusutan dan
kembali kepada keputusan untuk menerima pembelajaran tulisan jawi yang
hanya tiga muka surat dalam silibus Tahun 4 di SJKC dan SJKT,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan