Najib
Ketika bermusuh dengan Najib Razak, Tun Mahathir bukan saja menjadi
pengkritiknya, malah mengalu-alukan sesiapa juga yang berani menegur
Perdana Menteri.
Ketika itu, termasuk TMJ yang pernah melakukan kritikan terhadap
Najib, bagi Tun Mahathir ia adalah hak pewaris takhta Johor itu untuk
berbuat demikian dan ia sesuatu yang harus dialu-alukan.
Tetapi, setelah beliau sendiri duduk di kerusi Perdana Menteri, Tun Mahathir nyata tidak suka dikritik oleh TMJ.
Ketika TMJ memberi reaksi spontan terhadap kata-kata peminat
bolasepak JDT yang mahu jurulatih pasukan itu, Benjamin Mora ditukar
dengan mengatakan “daripada tukar, baik tukar Perdana Menteri”, Tun
Mahathir kelihatan begitu sensitif dan tidak senang dengannya.
Kata Tun Mahathir, kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak boleh
ditukar oleh TMJ, sebaliknya hanya rakyat yang boleh menukarnya.
Walaupun sebelum itu Tun Mahathir melalui Deklarasi Rakyat pernah
berusaha agar Majlis Raja-Raja memecat Najib, yang nyata sikapnya kini
memperlihatkan dia tidak suka dikritik – suatu keadaan yang berbeza
ketika sebelum dan selepas beliau menjadi Perdana Menteri.
Terbaru dengan TMJ, khususnya berkaitan Statut Rom dan Istana Johor
dalam soal campurtangan dalam pentadbiran kerajaan serta beberapa isu
sebelum ini, Raja-Raja adalah institusi yang dikira paling suka dicari
gaduh oleh Tun Mahathir.
Semalam pula, ketika Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
meluahkan rasa kecewa dengan kedudukan Islam yang dilihatnya terancam di
bawah kerajaan PH, Tun Mahathir menempelaknya sebagai pekak.
Walaupun Dr. Asri kemudian menjawab balik dengan mempersoalkan siapa
yang pekak antara beliau dan Tun Mahathir, yang nyata Perdana Menteri
tidak sedia untuk ditegur oleh sesiapa, termasuk oleh golongan agama.
Mengapakah cara Tun Mahathir memberi reaksinya begitu kasar dan seolah-olah ingin bergaduh?
Tidak bolehkah, sebagai Perdana Menteri, beliau menjawab setiap
kritikan dengan bahasa yang baik-baik sebagai lambang kesediaan menerima
teguran?
Terbaru, dalam ucapannya di depan penjawat awan semalam, Tun Mahathir
secara terbuka membidas golongan itu serta mengaitkan mereka dengan
amalam rasuah yang berleluasa.
“Dulu kita tahu ada orang tertentu dapat perlindungan dari jentera
dan pegawai kerajaan kerana rasuah, apabila kita berusaha
menghentikannya, maka pegawai kerajaan tertentu ini tiada pendapatan
tambahan dan mereka kecewa, (malah) mereka rasa kerajaan kleptokrasi
(terdahulu) lebih baik daripada kerajaan demokrasi.
“Sebab itu sokongan pada kerajaan ini dan saya sendiri merosot,
tetapi kita akan terus bersihkan negara dari rasuah, kerana rasuah akan
hancurkan negara dan menyebabkan kos hidup meningkat kerana setiap yang
kita belanja kena tambah kos rasuah,” katanya lagi.
Tidakkah ini menunjukkan Tun Mahathir seolah-olah ingin bergaduh dan bermusuh dengan penjawat awam pula?
Mengapa memalukan penjawat awam sampai begitu sekali?
Bagaimana dengan rasuah di kalangan pemimpin politik dan mereka yang dekat dengan puncak kuasa?
Rasuah mana yang lebih serius dan memudaratkan?
Mengapa hanya kakitangan awam saja dijadikan sasaran?
Apa kaitan rasuah di kalangan kakitangan awan dengan kemerosotan sokongan rakyat terhadap PH?
Sebelum ini dan sejak beberapa lama dulu juga, Tun Mahathir turut tidak henti-henti melabelkan orang Melayu sebagai malas.
Tetapi ketika meminta sokongan untuk mendapat kuasa, siapakah yang mula-mula dicarinya kalau bukan orang Melayu juga?
Dalam keadaan lain, di peringkat awal berkuasa baru-baru ini, Tun
Mahathir turut mencipta pergaduhan dengan Singapura dan China dalam soal
hubungan dengan kedua-dua negara tersebut.
Walaupun baru-baru ini Tun Mahathir sudah bersikap lunak terhadap
China, tetapi tindakannya bergaduh secara terbuka dengan pemimpin negara
itu dalam lawatan sebelum ini tentu masih diingati lagi.
Pendek kata, dengan Raja-Raja, mufti, kakitangan awam, orang Melayu,
Singapura dan China – semua mahu dibuat gaduh oleh Tun Mahathir.
Sampai bila Tun Mahathir mahu terus bergaduh?
Selamatkah kita sebagai rakyat apabila memiliki seorang Perdana
Menteri yang kaki gaduh dan apakah beliau boleh dianggap betul dan benar
melalui sikapnya yang suka bergaduh dengan semua orang itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan