SANDAKAN: Bekas Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kehadirannya di daerah
Sandakan pada hari ini bukanlah untuk 'mempengaruhi' undi Bumiputera
Islam menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 186 Sandakan, esok.
Beliau sebaliknya memaklumkan kehadirannya di Sandakan adalah atas jemputan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah dan juga sekadar bertemu dengan masyarakat setempat.
"Saya berada di sini bukanlah kerana saya yakin mengenai mempengaruhi atau sebagainya, saya mahu menunjukkan bahawa saya masih peduli dengan rakyat Sandakan dan Sabah.

"Ia amat dekat dengan saya, apabila ada jemputan kepada saya dan sokongan, saya mahu melakukannya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan walkabout di bazar Ramadan di Bandar Utama, IJM Batu 6, Jalan Utara, Sandakan, pada Jumaat.
Sementara itu, mengulas mengenai PRK Sandakan, Najib berharap ianya akan menjadi persaingan yang adil dan menjangkakan bakal menjadi pantulan kepada polisi nasional dan negeri mengenai bajet serta reaksi kepada kerajaan pada hari ini.
"Saya harap ia akan menjadi persaingan adil, ianya juga akan menjadi pantulan kepada polisi dibawa oleh nasional dan negeri, apa mereka rasakan mengenai bajet terutamanya selepas setahun Pakatan Harapan (PH) memerintah," katanya.
PRK kerusi Parlimen P. 186 Sandakan kali ini menyaksikan pertembungan lima penjuru iaitu Vivian Wong Shir Yee mewakili DAP, Datuk Linda Tsen Thau Lin (PBS) dan tiga calon bebas iaitu Hamzah Abdullah, Sulaiman Abdul Samat dan Chia Siew Yung.
Ini adalah susulan pemergian penyandang kerusi tersebut, mendiang Datuk Stephen Wong yang juga Pengerusi DAP Sabah pada 28 Mac lalu.
Sementara itu, dalam program bertemu rakyat itu, Najib berkesempatan beramah mesra dengan lebih 1,000 penyokongnya yang berpusu-pusu untuk bergambar dan berswafoto dengan bekas pemimpin nombor satu negara itu.
Beliau dalam pada masa yang sama turut membeli belah di Pasaraya Giant sebelum berjalan menuju ke bazar yang berhampiran untuk membeli juadah berbuka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan