Rabu, 8 Mei 2019

PRK Sandakan: Polis terima 11 laporan, buka 5 kertas siasatan

THE MALAYSIAN TIMES
 
PDRM logo


KOTA KINABALU: Polis menerima 11 laporan dan membuka lima kertas siasatan berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan setakat ini sejak kempen bermula 27 April lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 427 Kanun Keseksaan (dua siasatan), Seksyen 426 Kanun Keseksaan (satu siasatan), dan satu lagi kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

“Namun secara keseluruhannya perjalanan proses PRK Parlimen Sandakan berjalan lancar dan pihak polis dapat mengawal keadaan dengan baik. Saya harap keadaan ini berterusan dan tiada sebarang insiden yang diingini terjadi sehingga PRK berkenaan selesai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata lebih 1,000 anggota telah ditugaskan untuk memastikan proses PRK berjalan lancar sehingga hari mengundi Sabtu ini (11 Mei).

PRK Sandakan diadakan selepas penyandangnya Datuk Stephen Wong Tien Fatt meninggal dunia akibat serangan jantung pada 28 Mac lepas. –Bernama 

Tiada ulasan: