Seorang ahli kumpulan ‘Who is Hussain?’ di Kuala Lumpur mengagihkan sumbangan Ramadan kepada orang ramai. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata polis
bekerjasama dengan pihak berkuasa agama untuk mengekang kegiatan
mengembangkan fahaman Syiah, selepas satu kumpulan menyebarkan risalah
yang dilihat mempromosikan fahaman itu.
“Kita akan pantau sebarang aktiviti yang bertentangan dengan fahaman
Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ambil tindakan yang wajar,” katanya kepada
pemberita di majis meraikan timbalannya, Mazlan Mansor hari ini.
Beliau merujuk kepada kumpulan yang mengedarkan risalah bertajuk “Who is Hussain?” (Siapa Hussain?).
Hussain, iaitu cucu kepada Nabi Muhammad, adalah watak penting dalam fahaman Syiah.
Birokrat Islam di Malaysia menganggap Syiah sebagai menyimpang, dan
pihak berkuasa pernah menyerbu acara-acara keagamaan peribadi yang
dijalankan pengikut fahaman itu.
Kumpulan memakai kemeja T hitam tertera “Who is Hussain?” baru-baru
ini mengedarkan makanan dan tasbih kepada orang ramai di ibu kota.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan