Dalam perkembangan terkini berhubung isu tanah yang dikatakan mengganggu pembinaan projek Sistem Transit Aliran Johor – Singapura, Sultan Johor memaklumkan sedia menyerahkan kembali tanah di Bukit Chagar, Johor Bahru tanpa kos kepada kerajaan pusat.
Setiausaha Sulit Sultan Johor, Jaba Mohd Noah berkata, baginda sebenarnya tidak pernah dimaklumkan mengenai tanahnya akan terlibat untuk projek RTS itu.
“Adalah dimaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor berasa kecewa di atas satu berita yang mengaitkan isu peningkatan kos Projek RTS dengan sebidang tanah milik Baginda Tuanku di Bukit Chagar.
“Sehingga ke hari ini, Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor tidak pernah dimaklumkan mengenai tanah milik baginda Tuanku yang akan terlibat untuk Projek RTS tersebut.
“Namun begitu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor telah bertitah bahawa sekiranya benar tanah milik baginda Tuanku di Bukit Chagar tersebut terlibat untuk Projek RTS, maka Baginda Tuanku berkenan untuk menyerahkan tanah yang terlibat kepada kerajaan tanpa sebarang kos,” kata kenyataan itu lagi.
Tambah kenyataan itu, penyerahan tanah berkenaan adalah dengan syarat Projek RTS diteruskan dengan segera kerana baginda memahami derita rakyat yang terpaksa berulang-alik ke Singapura.
Dengan pendirian Sultan Johor ini, bermakna isu ini telah selesai dengan sendirinya, hanya sehari selepas ia ditimbulkan media.
Segala-galanya adalah kerana sikap Sultan Johor yang benar-benar berjiwa rakyat dan sentiasa memastikan kepentingan rakyat negeri itu diutamakan.
Baginda ternyata lebih memilih jalan damai dan bukan bergaduh serta mengutamakan rakyat Johor.
Dengan nilai tanah seluas 4.5 hektar itu adalah hampir RM500 juta, bermakna itulah nilai kemurahan hati baginda demi projek RTS dan demi rakyat Johor.
Daulat Tuanku. Syabas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan