WAWANCARA | Perdana
Menteri Dr Mahathir Mohamad mungkin tidak dapat mengelak daripada
pertanyaan dirinya seorang pemimpin yang mengamalkan pemerintahan kuku
besi, namun katanya beliau amat mengalu-alukan teguran serta maklum
balas membina bagi memperbaiki diri.
"Saya suka ditegur di mana saya silap, di mana saya lemah supaya saya dapat memperbetulkan diri saya," kata Mahathir yang pernah digelar "diktator" oleh pengkritiknya ketika menjadi perdana menteri kali pertama selama 22 tahun.
Pengerusi PH juga berkata beliau tidak ada apa-apa pendirian mengenai ketepatan tinjauan Merdeka Centre pada Mac lalu yang menunjukkan tahap sokongan terhadapnya hanya 46 peratus turun daripada 87 peratus pada Mei tahun lalu.
"Saya tidak tahu. Saya tidak tahu sama ada ia betul atau tidak betul," katanya.
Rakyat tak lempar kecaman
"Tetapi apa yang saya tahu rakyat tidak menyerang saya, tidak melemparkan kecaman kepada saya, kecuali pihak akhbar dan para pengkritik.
"Dan saya menghargai hal itu," kata beliau lagi.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir juga ditanya mengenai prestasi Bersatu yang diasaskannya memandangkan terdapat dakwaan parti itu telah menjadi Umno 2.0.
"Saya tidak berapa berpuas hati. Keanggotaan kami tidak berapa besar. Kami juga mendapati terdapat beberapa amalan yang tidak baik.
"Contohnya, jika kamu terpilih sebagai ketua bahagian, kamu mungkin tidak mahu orang lain menyertai parti kerana bimbang mereka akan mengambil tempat kamu.
"Jadi lebih bagus kita ada parti Bersatu yang kecil (keanggotaan) sahaja daripada yang Bersatu yang besar
"Jadi
kita akan mempunyai jumlah ahli yang kurang dan disebabkan bilangan
ahli yang kurang, maka apabila ada pilihan raya kecil, kita tidak
mempunyai orang yang cukup untuk bekerja. Kita terpaksa bawa orang dari
tempat-tempat lain,” katanya.
Dr Mahathir keluar Umno
pada Februari 2016 selepas tidak sehaluan dengan perdana menteri ketik
aitu Najib Razak menganai skandal 1MDB dan membentuk Bersatu beberapa
bulan kemudian.
"Ketika kamu menubuhkan Umno dahulu, orang ramai mengeluarkan wang mereka sendiri. Mereka tidak minta duit, mereka tidak minta apa-apa pun.
"Sekarang tiada lagi lah hal-hal sebegitu," katanya.
Jelasnya lagi, masalah ini bukan terhad kepada partinya sahaja tetapi kepada semua parti-parti lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan