Selasa, 7 Mei 2019

Akhirnya Apa Yang TMJ Katakan Tentang Statut Rom Ternyata Benar


Hari ini, Tun Mahathir mengelar TMJ sebagai budak kecil yang bodoh dan tidak tahu apa-apa.  Sebaliknya, hakikat dan realitinya, TMJ lah satu-satunya anggota kerabat diraja yang berani bangkit menyanggah Perdana Menteri yang di istihar no 47 paling hebat dalam dunia. Ya memang hebat, hebat menipu.  Rakyat negara ini patut berterima kasih dengan TMJ yang telah mendedahkan penipuan Mahathir, Tommy Thomas dan Menteri Liberal Saifuddin Abdullah.

Sekiranya penipuan mereka tidak didedahkan, sudah pasti tidak akan berlaku U-Turn pertama pada 5 April 2019 dengan penipuan Mahathir yang menyatakan Ratifikasi Statut Rom bakal dibatalkan.  Namun, hari ini Rakyat Malaysia kena sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada orang yang Mahathir gelar “Bodoh” ini kerana telah menyelamatkan kita dari dibodohkan oleh Mahathir sekali lagi.  Penentangan TMJ terhadap Ratifikasi Statut Rom walaupun Mahathir sudah mengumumkan pembatalan ratifikasi hari ini ternyata berasas apabila Mahathir kali ini membuat O-Turn dengan menyatakan Ratifikasi Statut Rom akan dikaji semula dan mereka akan memperjelaskan kepada rakyat tentang kebaikan Statut Rom supaya rakyat boleh terima( sila rujuk tulisan Sinar Harian dibawah).

O-Turn Mahathir ini sememangnya sudah lama kami jangka, itu sebabnya kita tidak bernah berhenti melakukan Jelajah Menentang Statut Rom.  Namun, suka tidak suka, saya kena berterus terang bahawa saya agak kecewa dengan sikap Mahathir yang tidak mempunyai rasa kekok atau bersalah bila terus menerus menipu rakyat negara ini.  Sepatutnya, bulan Ramadhan yang mulia ini akan digunakan sehabis baik untuk bersedia mengadapNya, bukan dengan menambah dosa.

*Dato’ Lokman Noor bin Adam, Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat

Tiada ulasan: