Oleh Siti Fatimah Ishak
PEMBINA minta mahasiswa undi calon berwibawa untuk jadi pemimpin
BANGI –
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mengajak semua mahasiswa
seluruh negara untuk mengambil peranan turun mengundi pada Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.
PEMBINA
yang merupakan pertubuhan bebas, tidak terikat dengan mana-mana blok
kepartian menegaskan, mengundi adalah tanggungjawab yang amat penting
dalam melakukan perubahan kepada masyarakat.
Serentak
itu, Presidennya, Mohamad Azam Asri mengesyorkan mahasiswa yang
berkelayakan mengundi mesti memilih calon yang berwibawa untuk dijadikan
pemimpin.
Antaranya calon tersebut mestilah komited untuk membawa agenda Islam sebagai agenda utama negara.
“Mahasiswa
kena bijak, pastikan juga calon yang dipilih tidak terlibat dengan
rasuah dan salahguna kuasa. Malah, calon tersebut juga mesti tegas
mempertahankan identiti negara iaitu Islam, Melayu/Bumiputera dan
Raja-raja,” katanya dalam sidang media, hari ini.
Dalam masa
sama, Azam menyeru kepada pihak pentadbiran Institut Pengajian Tinggi
(IPT) untuk mengambil inisiatif memberikan perlepasan cuti khas kepada
mahasiswa.
“Kita
minta berilah cuti sekurang-kurangnya tiga hari kepada mahasiswa bagi
membolehkan mereka pulang mengundi. Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM) antara IPTA awal yang telah mengeluarkan notis
perlepasan cuti khas kepada mahasiswa.
“Tambahan
lagi, cuti yang kurang daripada dua hari sahaja akan sedikit sebanyak
memberikan kesukaran kepada mahasiswa yang terpaksa pulang jauh ke
kampung halaman terutamanya mahasiswa yang tinggal di Sabah dan Sarawak.
“Cuti tiga
hari adalah tempoh yang sangat terbaik bagi memberikan peluang kepada
mahasiswa untuk pulang mengundi dengan selesa. PEMBINA melihat perkara
ini cukup penting bagi memastikan seluruh mahasiswa secara maksima dan
serius dalam proses pilihan raya kali ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan