KEPALA BATAS: PAS Pulau Pinang semalam mengumumkan lima wakil Dewan
Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan Parti Alternatif Rakyat (PAP) yang
akan mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Pesuruhjaya PAS negeri Muhamad Fauzi Yusof berkata, wakil DHPP Jay
Kumar Balakrishnan akan bertanding di kerusi Parlimen Batu Kawan selain
Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Uban yang akan ditandingi Datuk Dr. M.
Vikneswaran dan A. Kumaravelu (Bukit Tambun).
Tambahnya, dua wakil PAP adalah G. Asoghan di kerusi DUN Perai dan
bekas ADUN Jawi, Tan Beng Huat akan bertanding di tempat lamanya.
Selain itu menurut Muhamad Fauzi, PAS sendiri turut menambah satu lagi
kerusi yang akan ditandingi di DUN Machang Bubok dengan meletakkan
Penolong Setiausaha PAS negeri Jamil Abdul Rahman.
"Rakan strategik PAS iaitu Parti Cinta Malaysia (PCM) juga telah
mengumumkan calon mereka semalam yang akan bertanding di kerusi Parlimen
Bagan dan DUN Air Putih.
"Dengan senarai yang dibuat ini, PAS secara rasmi akan bertanding di
lapan kerusi Parlimen dan 24 kerusi DUN di Pulau Pinang dalam PRU-14,"
katanya kepada pemberita di Markas Tarbiyah Pas Pongsu Seribu, di sini
malam tadi.
Jelasnya lagi, semua calon yang dipilih juga telah menandatangani aku
janji sebagai tanda taat setia mereka kepada PAS dan perlu meletakkan
jawatan sekiranya mereka melompat parti suatu hari nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan