Ahad, 29 April 2018

BEKAS SETIAUSAHA SULIT ARWAH NORIAH CALON PARLIMEN SUNGAI BESAR

Foto Hazierra Lukman@Watan-Online

Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas Ahli Parlimen Sungai Besar, Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon, Muslimin Yahaya antara calon yang bertanding bagi Parlimen Sungai Besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Muslimin bertugas semasa arwah menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Muslimin yang bertanding atas tiket PKR akan menentang penyandang kerusi Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dari BN dan calon PAS, Mohammad Salleh M Husin.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sungai Besar, Mohd Khairuddin Md Som mengesahkan pencalonan ketiga-tiga calon Parlimen Sungai Besar itu di pusat penamaan calon di Dewan Sri Bernam, di sini, pada jam 11.15 pagi ini.

Beliau mengumumkan ketiga-tiga calon berkenaan selesai menghantar kertas penamaan calon dan tiada calon yang ditolak.


Tiada ulasan: