Pakatan Harapan (PH) mengesahkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
akan bertanding di tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) di Terengganu pada pilihan raya umum, 9 Mei ini.
Pengumuman calon bagi 10 daripada 32 kerusi DUN dan tiga daripada lapan
kerusi Parlimen dilakukan oleh Pengerusi PH negeri, Datuk Raja Kamarul
Bahrin Raja Ahmad.
Melalui pembahagian kerusi yang diputuskan, Amanah akan bertanding di
11 kerusi DUN dan 3 Parlimen manakala PKR (11 DUN, 2 Parlimen) dan PPBM
(10 DUN, 3 Parlimen).
PRU14 bakal menyaksikan pertandingan sekurang-kurang tiga penjuru bagi kesemua kerusi DUN dan Parlimen.
Hadir sama dalam Majlis Pengisytiharaan Calon PH Terengganu bagi PRU14
di Kuala Terengganu, hari ini Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail dan
Pengerusi PPBM negeri, Datuk Razali Idris.
Sementara itu, Pengerusi PPBM, Datuk Razali Idris dalam sidang media
selepas majlis pengumuman calon parti itu berkata terdapat pemimpin BN
di Terengganu memberi sokongan dan bantuan secara senyap kepada gabungan
pakatan pembangkang itu kerana kecewa tidak diangkat menjadi calon.
Sokongan yang diterima PH termasuklah dari segi bantuan kewangan bagi membantu calon menentang BN.
“Sekarang ini lagi banyak apabila nama calon BN diumumkan kami mendapat
sokongan yang kuat daripada pemimpin BN yang tidak terpilih yang
merasakkan mereka lebih layak diangkat sebagai calon, sekarang ini
menyokong kita.
“Sekarang musuh kita Umno ialah sahabat kita, untuk nak lawan BN kita
mesti bersahabat dari musuh-musuh kita,” katanya dipetik Malaysiakini.
Gelombang kekecewaan yang berlaku dalam Barisan Nasional bukan sahaja
berlaku di Terengganu tapi seluruh Malaysia sehingga ada yang umum
keluar parti.
Terbaru Tan Sri M Kayveas mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai
Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (myPPP), Pengerusi myPPP
Wilayah Persekutuan dan penasihat myPPP Perak.
Selain Kayveas, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi
turut melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal
Khas (JASA) dan sekali gus menjawab spekulasi yang bermain di media
sosial beberapa hari ini setelah namanya digugurkan daripada senarai
calon BN yang bertanding di Johor dalam PRU14 kali ini.
Menerusi pengumuman calon Pakatan Harapan Terengganu, PPBM hari ini
secara rasmi mengumumam calon lengkap mereka selepas Amanah dan PKR
melakukannya semalam.
Senarai calon PPBM
Berikut adalah senarai nama calon PPBM bagi Parlimen dan DUN di Terengganu:
Hulu Terenganu- Datuk Razali Idris
Besut- Datuk Wan Nazari Wan Yusof
Setiu-Datuk Faudzi Musa
Kuala Besut-Che Ku Hashim Che Ku Mat
Hulu Besut-Ismail Abdul Kadir
Tepuh-Wan Hafizie Suzlie Wan Hassan
Ladang-Datuk Zulkifli Mohamad
Pengkalan Berangan-Aidi Ahmad
Ajil-Zamani Mamat
Bukit Besi-Mohamad Arif Arifin
Kijal-Datuk Wan Marzuki Wan Sembok
Batu Rakit-Amir Long
Langkap-Mustaffa Abdullah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan