JOHOR BAHRU: Calon Bebas yang bertanding di Parlimen Pulai, Yap Keng
Tak cedera ringan selepas dilanggar sebuah kereta Perodua Myvi ketika
sedang mengedar risalah kempen di Jalan Indah 5/13 Taman Bukit Indah di
sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim
Mohamad berkata, kejadian berlaku pukul 8.45 ketika Keng Tak sedang
berjalan kaki melintasi simpang menuju ke Kuil Sri Maha Mariyaman Bukit
Indah bersama lima orang pengikutnya.
“Mangsa (Keng Tak) tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan hanya
cedera ringan. Dia telah mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di
Bukit Indah dan dilaporkan stabil,” katanya dalam satu kenyataan di sini
sebentar tadi, lapor Utusan Online.
Keng Tak bertanding di kerusi Parlimen Pulai menentang penyandang
kerusi berkenaan, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mewakili Barisan
Nasional (BN), Salahuddin Ayub (gabungan pembangkang PKR) serta Dr.
Mohd. Mazri Yahya (PAS).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan