ALOR SETAR: Pakatan pembangkang merupakan pengacau sebenar pilihan raya
umum ke-14 (PRU14), kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Fakhruddin Sheikh
Fakhrurazi.
“Pakatan dakwa PAS sebagai pengacau kepada parti gabungan mereka dalam
PRU14 ini, tetapi pengacau sebenarnya ialah Pakatan lah… hakikatnya PAS
wujud lebih lama dalam arena politik Malaysia daripada mereka
(Pakatan),” katanya.
Berhubung dakwaan pihak tertentu bahawa PAS tidak lagi menjadi kubu
kuat di kawasan tertentu, Fakhruddin berkata itu merupakan strategi
politik dan perang saraf untuk meremehkan PAS dalam kalangan rakyat.
“Kita (PAS) yakin dengan kemampuan parti dan rakyat juga lebih bijak
menilai soal itu. Jadi tidak perlulah mereka mendabik dada serta
memperkecilkan keupayaan PAS,” katanya, semalam.
Fakhruddin berkata PAS Kedah akan berkempen secara matang dan sejahtera
dengan memfokuskan kepada penerangan intipati manifesto PAS negeri dan
pusat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan