SALAH satu daripada 11
tawaran utama Manifesto Pakatan Harapan (PH) Kelantan yang dilancarkan
pada malam 28 April 2018 adalah berbunyi “Mewujudkan jawatan-jawatan
anggota yang dilantik dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan terdiri
daripada wanita dan golongan minoriti melalui kajian peruntukan yang
berkaitan”.
Inilah masalah utama dengan PH Kelantan
yang diketuai oleh Husam Musa ini yang kelihatan terlalu ghairah
menjanjikan bulan bintang kepada rakyat Kelantan semata-mata untuk
mendapatkan sokongan mereka sehingga gagal menyemak terlebih dahulu
apakah janji yang dibuat olehnya ini boleh dilaksanakan atau tidak.
Sepatutnya Husam Musa selaku Penasihat
PAN Kelantan dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah selaku Pengerusi PAN
Kelantan yang merupakan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
tahu bahawa janji ini turut terkandung di dalam Manifesto PAS Kelantan
pada PRU 1990 bertajuk “Membangun Bersama Islam”.
Dan sepatutnya mereka juga tahu bahawa
janji ini tidak dapat dilaksanakan kerana seperti yang dijelaskan oleh
bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman
kepada Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan pada 28 Mac 1991, ia
adalah bertentangan dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan. Jika tidak
kerana itu, sudah lama janji ini dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan. -
HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan