Jumaat, 27 April 2018

HARAPAN: BN Beri Laluan Mudah Kepada Anak Hadi

Malaysian Access


laluan


Pakatan Harapan (HARAPAN) Terengganu mendakwa Umno-BN sengaja memberi laluan mudah kepada calon PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk pada pilihan raya umum akan datang pada 9 Mei depan.

Pengerusi HARAPAN negeri, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad berkata Umno-BN secara jelas tidak menurunkan lawan yang sepatutnya untuk berdepan dengan anak presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi di DUN tersebut.

“Saya agak hairan juga kenapa BN meletakkan calon yang agak kurang dikenali di kalangan orang ramai kerana mereka tahu akan menghadapi pertandingan dengan anak Hadi sendiri.

“Saya rasa ia seolah-olah Umno mahu memberi laluan mudah.

“Kenapa tidak ada tentangan hebat untuk Umno bagi berdepan dengan anak presiden sendiri,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pengisytiharaan Calon HARAPAN Terengganu bagi PRU14 di Kuala Terengganu, hari ini.


Tiada ulasan: