KOTA BHARU: Pengerusi pakatan pembangkang Kelantan, Husam Musa, akan
bertanding merebut kerusi panas di Parlimen Kota Bharu dalam Pilihan
Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Pemilihan Husam itu menyaksikan beliau akan bertembung dengan
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, dan calon Barisan
Nasional (BN) Fikran Hamshi Mohamad Fatmi.
Husam yang juga Naib Presiden Amanah itu turut mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Salor.
Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Ab Rahman akan bertanding di kerusi DUN Kota Lama.
Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir dicalonkan bertanding di DUN
Melor dan bekas Pengarah MITI negeri, Azran Deraman akan berdepan 'bekas
bosnya' Datuk Seri Mustapa Mohamed di Parlimen Jeli, lapor BH Online.
Di Parlimen Pasir Puteh turut menyaksikan pertandingan sengit apabila
Pengerusi PPBM negeri, Datuk Kamarudin Md Nor bakal berdepan Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan
Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh.
Sementara itu, pakatan pembangkang turut memperkenalkan satu-satunya
calon Orang Asli, Nasir Dollah yang merebut kerusi DUN Galas.
Senarai Calon pakatan pembangkang Kelantan PRU-14
Parlimen
P19 TUMPAT: Datuk Nordin Salleh
P20 PENGKALAN CHEPA: Mejar (B) Mohamad Ibrahim
P21 KOTA BHARU: Husam Musa
P22 PASIR MAS: Che Ujang Che Daud
P23 RANTAU PANJANG: Dr Wan Shah Jihan Wan Daud
P24 KUBANG KERIAN: Datuk Dr Abdul Halim Yusof
P25 BACHOK: Zulkifli Zakaria
P26 KETEREH: Dr Mohd Radzi Jidin
P27 TANAH MERAH: Dr Mohamad Fauzi Zakaria
P28 PASIR PUTEH: Datuk Kamarudin Md Nor
P29 MACHANG: Datuk Sazmi Miah
P30 JELI : Azran Deraman
P31 KUALA KRAI: Dr Mohamad Yazid Abdullah
P32 GUA MUSANG: Mohd Nor Hussin
DUN
N1 PENGKALAN KUBOR: Datuk Wan Rosdi Mat Rasik
N2 KELABORAN: NikFaizah Nik Othman
N3 PASIR PEKAN: Wan Johari Wan Omar
N4 WAKAF BHARU: Mohd Khir Zahri
N5 KIJANG: Nasruddin Abdullah
N6 CHEMPAKA: Hashim Mohammad
N7 PANCHOR: Zulhazmi Hassan
N8 TANJUNG MAS: Dr Hafidzah Mustakim
N9 KOTA LAMA: Tan Sri Abdul Rashid Ab Rahman
N10 BUNUT PAYONG: Sanusi Othman
N11 TENDONG: Dr Wan Zulkhairi Wan Mad Zain
N12 PENGKALAN PASIR: Dr Sharani Mohd Naim
N13 Meranti: Mohd Romizu Mohd Ali
N14 CHETOK: Ali Abdu Rahman Hasan
N15 GUAL PERIOK: Mohd Ridzuan Muhamad
N16 APAM PUTRA: Mohd Hisyamuddin Ghazali
N17 SALOR: Husam Musa
N18 PASIR TUMBOH: Mohd Noor Md Yazid
N19 DEMIT: Dr Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah
N20 TAWANG: Mohamad Azihan Che Seman
N21 PANTAI IRAMA: Datuk Ismail Ghani
N22 JELAWAT: Mohd Fahmi Zakaria
N23 MELOR: Ab Aziz Ab Kadir
N24 KADOK: Che Ibrahim mohammad
N25 KOK LANAS: Dr Mohd Hanafi Ismail
N26 BUKIT PANAU: Hisham Fauzi
N27 GUAL IPOH: Datuk Mohd Soba Hussin
N28 KEMAHANG: Bahari Mohd Nor
N29 SELISING: Ismail Muhamad
N30 LIMBONGAN: Zarir yaakob
N31 SEMERAK: Wan Marzudi Wan Omar
N32 GAAL: Abdul rahman yaakob
N33 PULAI CHONDONG: Abdul Halim
N34 TEMANGAN: Mohd Redzuan Alias
N35 KEMUNING: Ab Kadir Othman
N36 BUKIT BUNGA: Asran Alias
N37 AIR LANAS: Dr Aminuddin Yaacob
N38 KUALA BALAH: Dr Mohd Hafidz Rizal Amran
N39 MENGKEBANG: Wan Mohammad Azran Ahmad
N40 GUCHIL: Roslan Puteh
N41 MANEK URAI: Mat Dahan Mat Ali
N42 DABONG: Wan Ahamad Fadil Wan Omar
N43 NENGGIRI: Othman Yusoff
N44 PALOH: Noraini Husain
N45 GALAS: Nasir Dollah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan