Jumaat, 27 April 2018

Mengapa Kerajaan Benarkan Pemimpin Utama PKR Jumpa Anwar?

Malaysian Access
 
kerajaan
Persoalan mula timbul mengapa kerajaan sementara BN memudahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang meringkuk di penjara menguruskan partinya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14, menurut analisis oleh akhbar The Star.

Ini susulan tindakan jabatan penjara yang membenarkan Anwar untuk kekal di hospital pemulihan Cheras yang memudahkan para pemimpin PKR untuk bertemu dengannya.

Jabatan penjara berada di bawah kementerian dalam negeri yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kerajaan yang cuba digulingkannya (Anwar) seolah-olah menjadikan terlalu mudah baginya untuk menguruskan parti dari katil hospital.

“Antara cerita yang tersebar di PKR ialah ini cara kerajaan memantau perkara yang berlaku dalam PKR termasuk apa yang sedang dibincangkan dan dirancang,” kata analisis The Star.

“Bagaimanapun, teori paling meluas adalah terdapat persefahaman atau perjanjian politik antara PKR dan pemimpin BN.”

Menurut laporan itu, pihak berkuasa tidak menyekat pemimpin PKR daripada melawat Anwar dan mendakwa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution dan dua naib presiden parti itu, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah telah merujuk kepada ketua umum mereka berhubung pilihan raya umum ke-14.

“Semua ini telah menimbulkan persoalan tentang apa yang berlaku antara pemimpin BN dan PKR.
“Adakah mereka musuh atau frenemies?

“Jika mereka benar-benar mahu menjatuhkan satu sama lain, maka mengapa layanan istimewa untuk Anwar dan pemimpin PKR pada masa yang sangat genting ini?” soal akhbar itu.


Tiada ulasan: