Jurucakap Abdul Rahman merasakan perjuangan 3 tahun bersama PKR sebagai sia-sia dan membuang masa.
KUALA KLAWANG: Sekumpulan 40 orang ahli PKR ranting Kuala Klawang dan Ladang Jelebu di Jelebu, Negeri Sembilan mengisytiharkan keluar parti dan menyokong Barisan Nasional kerana sudah hilang kepercayaan kepada pemimpin PKR tempatan.
“Pemimpin daerah sini dia fikir hal dia, ahli-ahli tak pandang. Apabila dah tak dapat kerusi sahaja, pengerusi sudah lari, sekarang ahli-ahli sudah terkapai-kapai,” kata jurucakap kumpulan itu, Abdul Rahman Sulaiman, 56 pada sidang media bersama calon BN bagi DUN Klawang, Datuk Baharudin Jali hari ini.
Abdul Rahman merasakan perjuangan 3 tahun bersama parti reformasi sebagai sia-sia dan membuang masa. Beliau bagaimanapun tidak memberitahu ke mana perginya bekas pengerusi mereka.
Sementara itu, Baharudin berkata ahli seperti Abdul Rahman menjadi mangsa perebutan kerusi antara pemimpin parti pembangkang.
“Jelas di situ mereka hanya gila nak menjadi calon, bukannya nak membela rakyat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan