Jumaat, 27 April 2018

Juruhebah radio ditahan bersama pistol, 32 butir peluru hidup

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
IPOH: Seorang juruhebah radio ditahan bersama sepucuk pistol semi-auto jenis Walther dan 32 butir peluru hidup dalam tangkapan di Kilometer 28, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar di Sungai Siput, semalam.
 
Lelaki berusia 47 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput yang sedang menjalankan Op Khas Lalu Lintas pada pukul 8.30 pagi KHamis.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd. Rahman berkata, tangkapan terhadap suspek ekoran pihak polis mendapati kereta jenis Toyota Wish yang dipandunya menggunakan lampu jenis 'beacon' yang mencurigakan.
 
Katanya, pemeriksaan terhadap pemandu menjumpai sepucuk pistol tersebut di pinggangnya bersama satu kelopak berisi tujuh butir peluru hidup.
 
"Pemeriksaan lanjut di dalam kereta lelaki itu juga menemukan beg sandang yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan yang mengandungi satu kelopak berisi tujuh butir peluru hidup dan 18 butir lagi peluru hidup.
 
"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif suspek memiliki senjata api tersebut," katanya dipetik Utusan Online.
 
Ujar beliau, siasatan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 kerana memiliki pistol tanpa lesen dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki peluru
 
 

Tiada ulasan: