Oleh Siti Nur Azizah Mohd Zaini
KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Batu Pahat Datuk Mohd Puad Zarkashi
bakal dipecat keahliannya jika bertanding sebagai calon Bebas pada
PRU14, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor atau
Ku Nan hari ini.
“Kalau dia jadi calon bebas dia automatik gugur sebagai ahli," katanya
kepada pemberita selepas majlis khidmat cemerlang di YPC International
College di sini.
Dalam ucapannya, Ku Nan merayu agar rakyat membuat keputusan yang betul dalam PRU14.
"Saya percaya apa yang tertera dalam manifesto pusat dan wilayah
persekutuan akan tercapai kerana kita ada kerajaan yang janji ditepati,"
katanya.
"Cuma saya boleh merayu kepada kalian jangan kita dengar guruh dilangit
kita buang air ditempayan akhirnya hujan tak turun kita semua yang
kehausan," tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan